UTUSAN ONLINE
PETALING JAYA - Kerajaan meluluskan geran khas bernilai RM1 juta bagi membantu pembangunan sukan golf di kalangan remaja di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya penumpuan diberi kepada pembangunan sukan golf remaja sebagai sebahagian usaha meningkatkan mutu sukan itu secara keseluruhan.
"Kerajaan akan membantu pembangunan sukan golf remaja, dengan ini saya ingin mengumumkan peruntukan geran bernilai RM1 juta bagi pembangunan golf untuk kumpulan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penyampaian hadiah sempena penutup pertandingan Golf Terbuka Maybank Malaysia di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad dan Presiden Persatuan Golf Malaysia, Datuk Robin Loh.
Pertandingan yang bermula Khamis lalu itu dimenangi pemain Amerika Syarikat, Anthony Kang.
Tambah Najib, sukan golf perlu dipromosikan di kalangan remaja secara berterusan agar bakat-bakat baru dapat dicungkil.
Katanya, selain meningkatkan mutu permainan golf, semua pihak perlu berkerjasama menjadikan Malaysia sebagai destinasi permainan golf terkemuka di rantau Asia Pasifik.
"Kita mempunyai pelbagai kelebihan seperti cuaca yang menarik, kemudahan dan kestabilan politik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan