Muda Mohd Noor
Umno bahagian Bukit Gantang telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan menjadi calon dalam pilihanraya kecil 7 April depan.
Mereka ialah timbalan ketua bahagian, Kamalulail Sulaiman; 47, Mohd Kamaruddin Abu Bakar, 44, (naib ketua) dan Ismail Saffian, 47 (ketua penerangan).
Rombongan daru Umno bahagian telah memberi taklimat mengenai tiga nama itu kepada timbalan perdana menteri yang juga pengerusi Umno dan BN Perak, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Timbalannya Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Taklimat tersebut diadakan selepas Najib mempengerusikan mesyuarat pengurusan Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Bukit Gantang berkata, bancian yang dibuat oleh beberapa agensi kerajaan juga mendapati mereka juga merupakan calon yang disenangi pengundi Bukit Gantang.
Agensi berkenaan termasuk Kemas, jabatan hal ehwal khas kementerian penerangan, majlis keselamatan negara dan Umno.
"Kita sebut satu persatu kelebihan dan kelemahan ketiga-tiga nama tersebut.
‘Mungkin Ismail'
"Bagaimanapun, sebahagian besar AJK bahagian Bukit Gantang mahukan Ismail bertanding di Parlimen Bukit Gantang," katanya.
AJK berkenaan berkata, ini kerana Ismail merupakan anak tempatan iaitu dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.
Katanya, Ismail juga orang lama dalam Umno bahagian dan telah memegang pelbagai jawatan termasuk setiausaha bahagian.
Sebelum ini, Kamalulail telah menyatakan kesediaannya bertanding atas tiket BN.
Najib sebelum ini dilaporkan berkata, BN akan meletak calon tempatan untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Pilihanraya kecil tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum awal bulan ini.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Roslan mengalahkan calon BN, Datuk Seri Azim Zabidi.
Suruhanjaya pilihanraya (SPR) 29 Mac depan sebagai hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan