Selasa, 13 Januari 2009

Suspek tumbuk pengerusi senat kolej diburu

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Polis sedang berusaha keras bagi mengesan pemuda yang menumbuk Dr Yap Sian Tian, semasa Pengerusi Senat Kolej New Era itu sedang menyampaikan ucapan sempena konvensyen ke-10 kolej berkenaan semalam.

Ketua Polis Kajang, ACP Sakaruddin Che Mood berkata, pemuda itu melarikan diri selepas menumbuk Dr Yap, dan motif kejadian masih disiasat.

"Kami menerima laporan polis kira-kira pukul 2.45 petang semalam daripada pihak pengurusan kolej berhubung kejadian itu," katanya kepada Bernama di semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi semalam, Dr Yap yang sedang menyampaikan ucapan di atas pentas, ditumbuk oleh seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba.

Dr Yap yang cedera di hidung dan pipi kiri kini menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ, Kajang.

Tiada ulasan: