Khamis, 1 Januari 2009

Dr Asri: Zahirkan bantahan terhadap Israel

MSTAR ONLINE
[SEMASA]


WAJIB bagi setiap Muslim menyatakan bantahan terhadap Yahudi terkutuk atas apa yang sedang berlaku di Ghaza. Darah rakyat Palestin ditumpah tanpa dosa, sedangkan mereka saudara seagama dengan kita.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri membuat seruan ini hari ini.

"Zahirkan bantahan tersebut melalui berbagai cara terhadap Israel, juga pelindungnya Amerika. Demikian juga Mesir dan Jordan yang tidak membuka sempadan bagi menyelamatkan rakyat Palestin," kata Dr Asri yang turut serta dengan demonstrasi yang dilakukan di UK baru-baru ini.

Katanya lagi, bantahan boleh dibuat dalam berbagai bentuk dengan syarat caranya tidak bercanggah dengan Islam.

"Saya sendiri pada hari mesej ini ditulis sudah dua hari berturut-turut menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan Israel di London," kata Dr Asri yang kini bercuti sabatikal di UK selama satu tahun.

Tiada ulasan: