Undi pos diteruskan, PAS dakwa BN takut keselamatan terancam
oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen, Kubang Kerian Salahuddin Ayub mendakwa keengganan kerajaan memansuhkan undi pos kerana bimbang 'keselamatan' Barisan Nasional terancam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS, berkata parti itu menyelar tindakan tersebut.
Jelasnya, tuntutan PAS cukup konsisten agar sistem undi pos dikaji semula bagi melaksanakan sistem pilihan raya yang lebih demokrasi.
"Bagi melaksanakan sistem pilihan raya yang lebih adil sudah tiba masanya undi pos ini dihapuskan," katanya di Lobi Parlimen hari ini.
Tegasnya lagi, tindakan kerajaan yang enggan memansuhkan undi pos tersebut kerana bimbang keselamatan Barisan Nasional terancam.
"Ia tidak sekali-kali mengancam keselamatan negara tapi ia mengancam keselamatan Barisan Nasional di masa hadapan,"katanya.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pemansuhan undi pos akan memudaratkan sistem keselamatan dan ketenteraman awam.
Beliau berkata mereka yang bertugas di luar negara, petugas pilihan raya, anggota tentera, Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan pasangan serta pelajar dan pasangan yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dibenarkan membuat pengundian pos.
Jelas Nazri, sudah menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan negara dan undi pos tersebut dikekalkan agar ia tidak menghalang hak asasi kakitangan serta pelajar di luar negara,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan