Isnin, 25 Ogos 2008

Pemuda Umno timbul provokasi , merempit bawa bendera DAP
Suara KeADILan


PERMATANG PAUH - Kira-kira 20 pemuda UMNO yang diupah bagi menimbulkan kekacauan dengan membawa bendera DAP sewaktu menunggang motosikal ditangkap sewaktu sedang membuat kerja.

Turut didapati selain bendera DAP, mereka turut membawa risalah-risalah fitnah seperti Kabinet Anwar Ibrahim yang menunjukan ianya dimonopoli oleh ahli-ahli Parlimen bangsa cina.

Dalam laporan di laman rasmi pilihanraya kecil Permatang Pauh, seorang saksi berkata, beliau begitu pelik dengan tindakan pihak polis yang datang begitu cepat dan memberkas mereka.

“Kami musykil dan agak pelik sebaik sahaja mereka kami berkas, polis datang dan membawa mereka pergi” kata Zahar Kamil, penduduk kampong berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan adakah pihak keselamatan turut mengetahui tindakan mereka dan memberi bantuan kepada mereka.

Jumaat lepas, Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar telah menahan seorang pemuda BN yang sedang menaikan banner berunsur perkauman dan mengelirukan di DUN Seberang Jaya.

Tiada ulasan: