MB Selangor alu-alukan UiTM ambil tindakan mahkamah
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengalualukan jika Universiti Teknologi MARA (UiTM) membawa isu mengenai kenyataannya supaya 10 peratus kuota diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera di institusi itu, ke mahkamah.
Beliau berkata masyarakat Bumiputera, Melayu dan Malasyia sudah matang dalam perkara ini dan mereka tahu jika cadangan ini dilaksanakan, ia dapat membimbing komuniti tersebut ke arah globalisasi.
"Maknanya negara
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang akan menggunakan saluran undangundang bagi mendesak Abdul Khalid memohon maaf di atas kenyataannya itu, selepas majlis perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan negeri di sini hari ini.
Mengenai dakwaan penyokong-penyokong PKR bertindak ganas memukul dua orang jurugambar media semasa pada hari penamaan calon di Permatang Pauh, Sabtu lepas, Abdul Khalid berkata itu adalah satu perkara yang aneh kerana walaupun jumlah penyokong PKR melebihi tiga kali ganda penyokong BN pada hari itu tetapi mereka dilihat begitu tertib.
Dalam kejadian itu, jurugambar Kumpulan the New Straits Times Press, Mohd Sairen Nafis,26 dan Halim Berber dari HBL Press News, Perancis mendakwa mereka dipukul oleh para penyokong PKR semasa menjalankan tugas pada hari tersebut.
Sairen yang dilaporkan cedera di pinggang juga mendakwa kamera beliau bernilai RM15,000 dirampas oleh penyokong PKR.
Abdul Khalid berkata PKR sentiasa rapat dengan media termasuk juga Anwar kerana peranannya terutama jurugambar dalam melaporkan kegiatan parti itu.
"Saya kurang percaya kalau benar-benarlah mereka ini penyokong Keadilan dan Pakatan Rakyat sudah tentulah mereka tidak melakukan perkara yang tak sebaik ini. Kalau berlaku, saya sendiri akan
Katanya selalunya jurugambar atau paparazzi dipukul kerana mereka mengambil gambar sesuatu kejadian yang ingin disorokkan kepada pengetahuan ramai tetapi dalam keadaan ini tidak ada apa yang hendak disembunyikan. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan