Jumaat, 22 November 2019

Pelik! Jual Kampung Baru dikatanya nak tolong Melayu

Oleh Fazleen Safina

 

Tanah pusaka orang Melayu tolonglah kekalkan sebagai warisan

BANGI– Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membangunkan Kampung Baru mendapat tentangan pelbagai pihak, walaupun alasannya untuk meningkatkan jumlah penduduk Melayu menjadi 180,000 orang di kawasan berkenaan.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dan berpendapat Kampung Baru mesti dikekalkan warisannya sedia ada, kerana bimbang pembangunan kelak akan menghakis tradisi Melayu.

“Jangan jual pada PH. Mesti Cina juga yang buat bangunan kedai kat situ. Akhirnya Melayu yang kena halau masuk dalam hutan. Dahla rumah kat bandar ni dah tak mampu nak beli lagi,” tulis Song Hyun Sup.

Selain itu, pengguna Kanjeng Doso dalam tulisannya mempersoalkan relevan membangunkan Kampung Baru.

Beliau berkata, Kampung Baru seharusnya dinaik taraf sebagai tarikan pelancong.

“Dengan cara ini kau nak tolong orang Melayu? Kau rasa mampu milik ke kediaman di situ kalau siap? Silap-silap warganegara China, Nepal, India, Indo yang duduk. Tak payah nak membohong la.

“Tapi ingat, kalau terjadi juga, maknanya nama kau akan tercipta dalam sejarah, hilangnya Kampung Baru dan warisan Melayu atas nama Khalid Samad. Kau ni ibarat macam Othman Wok (Singapura),” katanya.

“Kawan aku tinggal situ memang dia tidak akan jual. Ini tanah pusaka orang Melayu kekalkan sebagai warisan. Tunggu sehingga BN PAS menang kita fikirkan jalan yang terbaik,” tulis Muhammad Iqmal.

Pada masa sama, Mt Firdaus Cool mencadangkan supaya Kampung Baru dijadikan sebagai bandar warisan sama seperti sebuah kampung di Pulau Pinang.

“Isytihar sahaja ‘heritage city’ macam di Penang. Kampung Cina hinggakan setinggan atas laut pun dapat ‘heritage’. Depa boleh, kenapa Kampung Baru Melayu tak boleh,” soalnya.

Malah Nonie Hussin pula mencadangkan: “Apa kata wartakan sahaja Kampung Baru di bawah UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)?”

“Situ je ada kampung Melayu di Kuala Lumpur. Sebagai lambang adanya identiti Melayu, harap pertahankan,” tulis Zakwan Ikhwan.

Sementara itu, Mohd Khairi Shaari berkata: “Kalau Kampung Baru tak cantik, kau sebagai kerajaan cantikkanlah. Bagi infrastruktur dan kemudahan untuk penduduk Kampung Baru.

“Bagi pinjaman untuk mereka memperbaiki rumah mereka dan kekalkan imej rumah tradisi supaya menjadi tarikan pelancongan untuk datang ke Kampung Baru, bukan hapuskan tradisi orang Melayu,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga tawaran baru pembelian tanah Kampung Baru bernilai RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi berbanding RM850 pada asalnya.

Harga RM150 setiap kaki persegi akan diperoleh dalam bentuk pegangan saham melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang akan ditubuhkan kelak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, beliau yakin pemilik tanah di Kampung Baru akan bersetuju untuk menjual tanah mereka bagi tujuan pembangunan semula kampung yang berusia lebih 100 tahun itu.

Katanya, ia kerana tawaran yang mencecah sehingga RM43.5 juta bagi satu ekar atau 0.4046 hektar tanah di kawasan itu merupakan paling tinggi dalam sejarah.

Beliau berharap pihaknya mendapat persetujuan semua pewaris tanah Kampung Baru pada akhir bulan ini.


Tiada ulasan: