Rabu, 24 Ogos 2016

Tun Aminah presiden baru JDT

INTAN NUR IDAYU


ku-inah


KUALA LUMPUR: Puteri kepada Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim akan mengambil alih tugas sebagai Presiden baru bagi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’azim (JDT).

Dalam satu posting di akaun Facebok Johor Southern Tigers semalam, mereka mengumumkan akan mengadakan Majlis pengenalan Presiden Kelab Bolasepak JDT iaitu Tun Aminah, esok di Larkin, Johor. 

“Majlis pengenalan Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim akan diadakan pada hari Khamis, 25hb Ogos 2016 ini jam 2.00 petang bertempat di Bilik Sidang Media, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin,” katanya. 

Difahamkan, Tun Aminah mengambil alih tugas sebagai Presiden Kelab JDT daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim setelah beliau mengambil keputusan untuk berehat ‘seketika’ dari arena bola sepak.

Katanya, beliau tidak pasti bila akan kembali aktif semula tetapi beliau yakin akan kembali dengan lebih gagah. 

“Kelab ini telah berkembang dan menjadi sebahagian besar dalam hidup saya, dan untuk berehat seketika daripada dunia bola sepak tidak akan mudah bagi saya. 

“Saya tidak tahu bilakah waktunya saya akan berehat seketika daripada bola sepak tetapi apa yang saya tahu ialah saya akan kembali semula dengan lebih gagah. 


Tiada ulasan: