Ahad, 21 Ogos 2016

Tindakan sekat aktivis tidak matang, kata Amanah

Tindakan sekat aktivis tidak matang, kata Amanah
Cubaan sekumpulan mahasiswa untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, di sini bagi Jelajah Mahasiswa #TangkapMO1 gagal semalam.
 
 
SHAH ALAM – Tindakan menyekat aktivis untuk bertemu mahasiswa adalah tindakan yang kurang matang, kata Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Muhammad Faeez Azahar berkata, tindakan tersebut  secara tidak langsung menafikan kemampuan berfikir mahasiswa.

“Mahasiswa adalah golongan yang sudah berkemampuan untuk berfikir, bukan mudah untuk dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Bagi kami, kebebasan terhadap mahasiswa untuk menggerakkan amalan demokrasi haruslah disuburkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sekumpulan mahasiswa untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, di Perak bagi menyertai Jelajah Mahasiswa #TangkapMO1 gagal apabila mereka ditahan pihak keselamatan universiti itu, lewat petang semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga mahasiswa ditahan, cuba masuk UiTM]

Wakil kumpulan mahasiswa itu, Suhail Wan Azahar, 22, berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.45 petang itu, mereka pada awalnya sudah mengadakan rundingan selama 45 minit dengan pihak keselamatan untuk masuk ke kawasan kampus berkenaan bagaimanapun kebenaran tetap tidak diberikan.

Katanya, selepas cubaan untuk masuk ke dalam kampus tersebut gagal, mereka terdiri daripada mahasiswa seramai 20-25 orang melakukan 'flashmob' di hadapan pintu utama universiti tersebut.


Tiada ulasan: