Rabu, 31 Ogos 2016

SPRM tahan semula 3 individu seleweng dana RM15 juta

 
Mereka merupakan antara 4 individu termasuk seorang pengarah urusan bank bergelar Datuk yang direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.


SPRM


PUTRAJAYA: Tiga individu yang dibebaskan selepas tahanan reman 5 hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana RM15 juta ke atas mereka berakhir semalam, ditahan semula.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan semula di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.

Mereka merupakan antara 4 individu termasuk seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk yang direman lima hari bermula 26 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah kebenaran reman sehingga Jumaat ini itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman hari ini.

Ketiga-tiga mereka direman semula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), kata jurucakap tersebut.

Mereka yang ditahan semula ialah seorang bekas pengarah perolehan sebuah bank dan dua pemilik syarikat penerbitan.

Tiada ulasan: