Ahad, 21 Ogos 2016

SPRM ambil keterangan MP BN

Misteri
Gambar hiasan


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya  telah  mengambil keterangan seorang ahli Parlimen BN yang juga pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam satu kenyataan SPRM memaklumkan, keterangan yang diambil daripada ahli Parlimen itu bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

"Beliau telah diambil keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang ini (semalam)," petik kenyataan itu.

Siasatan  SPRM itu, difahamkan  berkaitan dengan beberapa unit pelaburan amanah yang dibuat oleh agensi itu.


Tiada ulasan: