Ahad, 21 Ogos 2016

Rasuah: Lagi tiga kakitangan TNB ditahan


jurutera
Jurutera berkenaan (kanan) menutup kepala dengan kain pelikat dan dua juruteknik bertutup jaket dibawa keluar dari kenderaan SPRM menuju ke bilik reman.


KOTA BHARU - Seorang jurutera dan dua juruteknik TNB Kelantan ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Kota Bharu, di sini, tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Perintah dikeluarkan Majistret, Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri.

Ahmad 'Adha membenarkan suspek berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan berkuat kuasa hari ini sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Ketiga-tiganya ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, di sini, pada jam 4 petang, semalam.

Mereka tiba di mahkamah dengan kawalan ketat anggota SPRM pada jam 12.30 tengah hari dan selesai direman pada jam 1 tengah hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk meminta suapan.


Tiada ulasan: