Sabtu, 27 Ogos 2016

Polis buru operator kren bantu siasatan kematian pemandu wanita

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mencari seorang operator kren bagi membantu siasatan berhubung insiden sebahagian besi pencangkuk kren terjatuh yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur, semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata sehingga kini operator berkenaan yang difahamkan seorang warga asing, masih gagal membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
 
"Sehingga kini polis masih menjejakinya bagi membantu siasatan berhubung insiden itu," katanya ketika dihubungi.
 
Pada kejadian pukul 7.20 malam semalam, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau Pinang maut akibat dihempap besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Raja Chulan.
 
Menurut polis, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan.
 
 

Tiada ulasan: