Ahad, 14 Ogos 2016

Pokemon Go tidak akan kekal lama, mudah jemu dalam ekonomi kurang baik

MALAYSIA DATELINE
 
 
Jangan bimbang, fenomena Pokemon Go tidak akan kekal lama.Jangan bimbang, fenomena Pokemon Go tidak akan kekal lama.

Permainan video Pokemon Go tidak akan bertahan lama bahkan akan dilupai selepas ini kerana permainan ini mudah jemu dan akan digemari pada permulaan sahaja.

Inilah pendapat para pemain Pokemon Go sekarang ini walaupun ia sedang menjadi kegilaan sekarang.
Para mufti dan ulama serta ahli politik juga memberikan pandangan tentang kegilaan baru ini.

"Jangan bimbang, ia tak kan lama. Saya bagi sebulan sahaja. Lepas ini orang akan boring dan jemu," kata seorang pemuda yang turut bermain game ini apabila ia mula diperkenalkan di Malaysia.

Menurut beliau, puncanya adalah kerana setiap permainan macam ini akan melibatkan bayaran nanti dan ekonomi dunia sekarang tidak condong ke arah itu.

"Orang akan susah untuk berbelanja untuk meneruskan permainan macam ini," kata beliau yang tidak mahu disebutkan namanya.

Pandangan beliau disahkan oleh pungutan suara (poll) yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian dalam versi onlinenya.

Menurut pungutan suara itu, 76% dari pesertanya berkata, permainan ini akan diminati beberapa bulan sahaja.

Sinar bertanya, "Permainan Pokemon Go sedang menjadi kegilaan. Berapa lama ia diminati sebelum orang jemu dengannya?"

Ketika berita ini ditulis, 76% menjawab ia akan popular beberapa bulan sahaja, 12% menjawab 'lebih setahun' manakala 12% lagi berkata, bertahun-tahun.

Tiada ulasan: