Sabtu, 13 Ogos 2016

Pemuda Pakatan Harapan sokong himpunan #TangkapMO1

MALAYSIAKINI


Pemuda Pakatan Harapan hari ini sepakat dalam menyatakan sokongan terhadap himpunan aman #TangkapMalaysianOffical1 (#TangkapMO1) yang dijadualkan pada 27 Ogos ini di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, dalam kenyataan bersama, Pemuda Pakatan Harapan berkata, gabungan itu akan menggerakkan segenap jentera parti bagi memberi sokongan mobilisasi, keselamatan dan perundangan dalam perhimpunan tersebut.

“Menyedari tanggungjawab dan keperluan untuk menyelamatkan Malaysia daripada jenayah peringkat tertingi, Pemuda Pakatan Harapan untuk menyatakan sokongan, “ katanya dalam kenyataan itu.

Kenyatan tersebut ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh dan Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan.

Selain himpunan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini, acara sama bagi mendesak tindakan pada “Malaysian Official 1” akan turut diadakan di Johor dan Sabah.

Kumpulan belia yang memperkenalkan diri sebagai “Gabungan #TangkapMO1” berkata perhimpunan di Kota Kinabalu akan diadakan sama dengan acara di Kuala Lumpur iaitu 27 Ogos.

Manakala di Johor Bahru pula, menurut mereka, akan berlangsung lebih awal pada 13 Ogos “sebagai kempen menuju perhimpunan kemuncak”.

Mengulas lanjut, kenyataan bersama itu menyebut, Pemuda Pakatan Harapan juga turut mengingatkan kerajaan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pentadbir universiti agar memberi ruang kepada mereka.

“Pemuda Pakatan Harapan mengingatkan kepada kerajaan Malaysia, PDRM, pentadbir universiti supaya dapat memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara. “Suara mahasiswa ".

Tiada ulasan: