Ahad, 14 Ogos 2016

Pas perlu RM3 juta untuk saman Sarawak Report - Ramesh

 
 
Ramesh Rao
Ramesh Rao
 
 
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata, Pas perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM3 juta sebagai menampung kos keseluruhan kos Beliausaman Sarawak Report di England.
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang menyiarkan berita fitnah kononnya pemimpin parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Mengakui terkejut dengan tindakan berani Pas, Ramesh menawarkan diri membantu parti itu menyediakan segala maklumat dan panduan kerana beliau ada pengalaman dalam proses permohonan saman kepada akhbar tersebut di England baru-baru ini.
 
"Jika Pas mahu saman Sarawak Report serta wartawannya, Claire Rewcastle Brown di England, sekurang-kurangnya RM3 juta diperlukan untuk menguruskan kes di mahkamah. Saya tahu jumlah kos sebab saya pernah bawa kes saman ke atas kedua-dua pihak itu di England dan saya bersedia bantu Pas sepenuhnya dalam hal ini kerana mahu selamatkan Malaysia daripada dicabul pihak luar," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi Malaysia Gazette petang tadi.
 
Dalam perkembangan sama, Ramesh juga menyatakan kesyukuran kerana akhirnya Pas 'bangun daripada tidur' dan kini sedar akan apa yang dilaporkan Sarawak Report selama ini fitnah dan berniat jahat.
 
"Mungkin ramai di antara kita fikir Pas bertindak ke atas Sarawak Report hanya setelah parti itu sendiri difitnah dengan politik wang tetapi menutup mulut dan percaya segala laporan portal itu ketika kerajaan dan Najib dikritik dengan pelbagai tohmahan selama ini.
 
"Sebenarnya saya bersyukur kerana Pas yang selama ini tidak tahu segala berita Sarawak Report selama ini adalah fitnah baru sedar akan perkara sebenar setelah dia turut diperangkap dalam fitnah yang sama.
 
"Jadi, saya sokong dengan tindakan berani Pas untuk meneruskan saman ke atas Sarawak Report tanpa tidak berganjak dalam apa jua keadaan sekali pun selepas ini," ujarnya. - MalaysiaGazette
 
 
 

Tiada ulasan: