Selasa, 16 Ogos 2016

MB Kedah ada agenda tersembunyi untuk menutup skandal 1MDB, kata MP Alor Setar

MALAYSIA DATELINE
Gooi Hsiao LeungGooi Hsiao LeungMenteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempertahankan perdana menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding menangani isu penting yang dihadapi negeri itu adalah amat dikesali ketika pembukaan persidangan dewan undangan negeri baru-baru ini.

 Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung berkata demikian, kerana merujuk kepada kenyataan Ahmad Bashah ,seperti dilaporkan dalam media semalam, yang mana menteri besar itu dikatakan, menuduh campur tangan asing itu, sebagai mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kepimpinan negara, adalah amat memalukan.

"Apakah campur tangan asing yang dimaksudkan oleh Ahmad Bashah, yang telah diambil untuk menjejaskan pilihan kerajaan atau pemimpin negara kita?

"Beliau tidak boleh hanya membuat tuduhan kosong dan tidak berasas tanpa fakta.

"Adakah MB Kedah merujuk kepada tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset bernilai RM4bilion (US$1bilion) yang dibeli di Amerika oleh wang yang dicuri daripada 1MDB?

"Adakah dakwaan MB yang menuduh terdapat agenda tersembunyi menjatuhkan pemimpin negara satu pengakuan bahawa “Malaysian Official 1” yang disebut dalam tindakan AS yang telah menerima US$681juta, adalah Najib Razak, Perdana Menteri kita sendiri?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, penyiasatan jenayah yang dijalankan  tidak kurang daripada 10 negara, termasuk Amerika Syarikat, melibatkan undang-undang pengubahan wang haram dan perbankan yang telah dilanggari dalam negara mereka sendiri, dimana dana disyaki dicuri dari 1MDB telah digubah diluar negara ujarnya sama sekali tiada berkait mengganggu urusan dalaman negara kita.

"Negara kita perlu mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan siasatan asing untuk mendedahkan konspirasi besar dari dalam negara, yang mana agensi-agensi penguatkuasaan kita sendiri yang sepatutnya melakukannya, tetapi sama sekali telah gagal untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah yang dilakukan.

"Hanya ada satu agenda tersembunyi yang sangat dimarahi rakyat Malaysia, iaitu terhadap kepimpinan Umno yang menutup, menafikan dan membela mereka yang menyalahgunakan kepercayaan awam dan kedudukan mereka dengan mencuri berbilion dari rakyat Malaysia berkait 1MDB," ujarAhli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan ini.

Timbalan Pengerusi PKR Negeri Kedah ini juga menegaskan, kenyataan terbaru MB Kedah berkenaan campur tangan asing ini ujarnya mengikut rentetan komen-komen sama pemimpin UMNO sebelumnya.

Tiada ulasan: