Jumaat, 26 Ogos 2016

Kenapa Amanah mahu bertanding 30 kerusi sahaja?

Mohd Amar
Mohd Amar


KOTA BHARU – Pas Kelantan mempersoalkan tindakan Amanah yang membayangkan akan meletakkan calon di 30 kerusi pilihan mereka pada PRU14 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun tiada halangan untuk bertanding, namun Pas tetap memilih untuk tidak berunding mengenai agihan kerusi di sini.

“Kenapa perlu 30 kerusi? Kenapa tidak ambil 45 kerusi? Apa yang ada pada 30 kerusi tersebut? Kita tetap dengan pendirian tiada perundingan mengenai pengagihan kerusi ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Muhamad Hussin yang membayangkan Amanah akan meletak calon di 30 kerusi utama di sini pada PRU 14 akan datang, selain turut memberitahu, parti itu tidak perlu terikat dengan Pas walaupun Pas telah memberi amaran mengenai perkara tersebut.

Mohd Amar berkata, Pas menghormati amalan demokrasi dan menghormati undang-undang yang telah ditetapkan untuk memberi peluang kepada mana-mana parti bertanding pada PRU14 nanti.

“Cuma kita mahu tahu, kenapa 30 kerusi? Banyak sangat ‘hot seat’ (kerusi panas) dia.

"Kita hormat undang-undang, apa yang pastinya, tiada perundingan antara Pas dan mereka,” katanya.


Tiada ulasan: