Khamis, 11 Ogos 2016

DAPSY sokong himpunan #TangkapMO1, seru anak muda bangkit lawan kezaliman

Slide1

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sosialis Muda DAP (DAPSY) menyeru dan menyokong masyarakat umum khususnya anak muda menyertai perhimpunan aman #TangkapMO1 yang akan diadakan pada 27 Ogos di Dataran Merdeka dan juga di Johor Bahru pada 13 Ogos 2016.

Ketua DAPSY Selangor Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan Leong Yu Sheng dalam satu kenyataan bersama, berkata sikap berdiam diri dalam situasi kezaliman hanya akan mengukuhkan lagi pemerintah zalim.

“Anak muda wajib tampil ke barisan hadapan dan turun melawan rejim pemerintahan yang rasuah dan menelan wang rakyat tanpa mengendahkan hidup mati rakyat jelata sebagaimana yang diungkap jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah, bangkit kita teguh, diam kita roboh,” ujar kenyataan itu.

Menurut mereka, Malaysia tidak pernah terlepas daripada skandal rasuah besar-besaran sejak pemerintahan UMNO BN.

Justeru, mereka berkata DAPSY akan menggerakkan jentera yang sedia ada dan menyokong penuh usaha #TangkapMO1 dan sekali lagi menyeru anak muda bangkit melawan kezaliman rejim #NajibMO1.

Gabungan #TangkapMO1 merupakan usaha sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi negara ini bertujuan mendesak penangkapan individu yang didakwa sebagai MO1.

Gabungan itu turut menyatakan tuntutan mereka supaya semua institusi awam seperti PDRM dan SPRM daripada bebas cengkaman dan campur tangan politik UMNO-BN. –Roketkini.com


Tiada ulasan: