Khamis, 18 Ogos 2016

CAP minta TNB mansuh bil Julai pengguna domestik

 
TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.


Mohamed-Idris_tnb_600


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memansuhkan bil bulan Julai pengguna domestik ekoran kesulitan yang berpunca daripada tindakan mereka.

Menurut kenyataan CAP, TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.

Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal, tidak menerima bil bulan Julai, menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka, antara isu yang dibawa pengguna kepada CAP.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, oleh kerana pendekatan TNB mengelirukan pengguna maka wajarlah mereka (TNB) menangung bil bulan Julai pengguna domestik yang dibeban secara berganda.
“Kami membantah tindakan TNB menghantar bil Julai dan Ogos sekali gus pada bulan Ogos, menurut artikel tersebut.

“Kenyataan TNB yang menyatakan tidak akan memotong bekalan elektrik bagi mereka yang lewat menerima bil bulan Julai pula tiada kaitan dengan pengguna.

“Soalnya ialah apa akan berlaku kepada pengguna yang dibebankan dengan dua bil dalam sebulan dan tidak mampu membayarnya sekali gus? Bolehkah mereka mendapat jaminan bahawa bekalan elektrik mereka tidak “dipotong”?” soal beliau.

Beliau juga menyoal sebab pengguna yang perlu menanggung beban sedangkan TNB gagal mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani kesulitan ketika menaik taraf sistem bil tersebut.

Justeru itu, Idris menggesa TNB bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

“CAP juga meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau hal ehwal “tenaga” seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga memastikan tindakan ini diambil.

Lebih baik lagi, TNB perlu melakukannya secara sukarela sebagai cara mengganti rugi pelanggan mereka,” katanya.

Tiada ulasan: