Khamis, 25 Ogos 2016

Bagi Matthias, Umno korup hanya selepas Najib ambil alih

DETIK DAILY
 



PETALING JAYA: Peguam Matthias Chang semalam mempertahankan Umno daripada tuduhan ia sebuah parti yang korup seperti kerap diutarakan pihak pembangkang.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa rasuah hanya mula menjadi amalan Umno selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti itu.

“Perlu adil kepada Umno,” katanya kepada FMT.

“Ia banyak berjasa pada masa lampau. Hanya selepas Najib Razak menjawat perdana menteri, ia ditimpa seperti yang berlaku sekarang ini,” kata Matthias, yang sebelum ini lantang dalam menggesa pihak berkuasa luar menyiasat 1MDB.

Matthias berkata tidak pernah dalam sejarah Malaysia ia terjerumus dalam masalah yang menurutnya tidak ada lagi jalan keluar.

Berucap di sebuah forum mengenai 1MDB semalam, Matthias mempertahankan bekas bosnya, Dr Mahathir, yang menurutnya dihormati masyarakat antarabangsa.

“Di kala negara Timur Tengah gagal menunjukkan Islam yang sebenar, kita dilihat sebuah negara Islam yang progresif dan sederhana,” kata Matthias.

“Ke mana sahaja kita pergi, kita berasa bangga, tetapi kini, dengan krisis 1MDB, kita berasa malu,” katanya, yang menambah Dr Mahathir tidak pernah mengaku dirinya sempurna.

Tiada ulasan: