OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dilihat menyambut baik penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU).
Memetik Malaysia Kini, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara
lima tahun berharap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat
menggerakkan parti itu.
“Sekarang beliau harus gerakkannya,” katanya kepada pemberita mengulas penubuhan BERSATU.
Terdahulu, Anwar hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas
memberi keterangan dalam aduan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah.
Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menyerah permohonan mendaftar BERSATU sebagai parti politik kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Selain Muhyiddin, BERSATU turut disertai Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai pengerusi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Naib
Presiden.
Sebelum ini, Tun M mengesahkan beliau akan menjadi pengasas sebuah parti politik baru.
Katanya, parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk
memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Umno Barisan Nasional
dalam pilihan raya umum akan datang.-NFN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan