Jumaat, 19 Ogos 2016

50 NGO dijangka sertai Kongres Rakyat Terengganu

HARAKAHDAILY 


 


KUALA TERENGGANU:  Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dan lebih 50 buah badan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu, yang akan diadakan di Terengganu Equastrian Resort (TER) pada Sabtu ini.

Naib Presiden Perantau, Shuhaimi Embong ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan pihaknya akan menghantar lima orang wakil dalam kongres itu seperti yang diminta oleh pihak penganjur.

Mengenai isu yang dibawa oleh Perantau, beliau tidak pasti lagi.

“Tengoklah Sabtu ini, jika diberikan peluang, Perantau akan memperjuangkan isu tol dan keselamatan LPT2 serta lain-lain isu berkaitan dengan ketidakstabilan politik Terengganu dewasa ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kongres Rakyar, Yahaya Ali memberitahu antara wakil NGO yang akan membentangkan usul dalam Kongres Rakyat Terengganu adalah Persatuan Pengguna Dungun yang akan membawa isu kepenggunaan, Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) membahaskan isu kepimpinan dan pentadbiran, isu-isu ekonomi oleh Persatuan Pengusaha, Pengedar, Pemborong Dan Peruncit Muslim Terengganu serta Majlis Perunding Perlaksanaan Syariat Islam Terengganu yang akan membentangkan isu memartabatkan perundangan Islam. - HARAKAHDAILY 

Tiada ulasan: