Selasa, 5 Julai 2016

Sesi Roadshow Guan Eng Belum Tentu Boleh Yakinkan Rakyat – Penganalisis

Roadshow yang dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng belum tentu boleh menyakinkan rakyat berkaitan dengan pertuduhan rasuah yang dikenakannya kepadanya di mahkamah, kata Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.


“Bagi penyokong setia parti, sudah pasti Guan Eng tak bersalah. Namun bagi golongan atas pagar, sesi penerangan ini diadakan untuk mendekati mereka yang merasakan Guan Eng bersalah atau tidak. Mungkin yang jadi tumpuan adalah percaya atau tidak, atau beri keyakinan kepada mereka seolah-olah Guan Eng tidak bersalah,” ujarnya.

Pandian turut berpendapat penganjuran roadshow seumpama itu tidak lebih sebagai cubaan menagih simpati.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pula berpendapat Guan Eng tidak perlu mengadakan roadshow tetapi menjawab segala pertuduhan yang dikenakan kepadanya di mahkamah.

“Dalam situasi Guan Eng ini sebagai ketua menteri dia sepatutnya hormati undang-undang. Ada undang-undang bukan kita sebuah negara yang tidak ada undang-undang,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: