Ahad, 10 Julai 2016

Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor berlangsung meriah

OLEH NORHAYATI UMOR
 
HULU KELANG: Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Selangor disambut meriah dengan dihadiri masyarakat pelbagai bangsa di Padang AU2, di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat diterima daripada Tourism Selangor, dianggarkan 50,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana.

CP2A2235-800x533


Menariknya, majlis bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 3 petang itu menyediakan 43 gerai makanan membabitkan 25 peserta program skim mikrokredit Hijrah Selangor.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang merasai keenakan sajian, antaranya sate, laksa, soto, rendang daging, lemang, ketupat palas dan ayam golek.

Pada awal pagi, lebih 100 kanak-kanak berbaris menerima duit raya disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selain mengambil peluang bergambar bersama pemimpin tertinggi negeri itu.

FB_IMG_1468046121048Segak berbaju melayu hijau, Mohamed Azmin sebelum itu menyapa rakan media yang hadir.

Sambutan kali ini penuh bermakna buat Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menghadiri majlis rumah terbuka.

Baginda diiringi YTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh selain Exco Negeri antaranya, Dr Daroyah Alwi, Dato’ Iskandar Samad, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zaidy Talib dan Dato’ Teng Chang Khim.

Turut memeriahkan suasana, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditemani Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan jemputan dari kedutaan antarabangsa.


Tiada ulasan: