Sabtu, 9 Julai 2016

Perompak ambil masa dua minit larikan RM500,000

Oleh Bernama
 
 


Empat lelaki bersenjatakan parang mengambil masa tidak sampai dua minit untuk melarikan wang tunai RM500,000 dari sebuah kedai pengurup wang di Jalan Besar, Sungai Bakap di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) DSP Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, empat lelaki yang memakai topeng dan menutup muka menggunakan kain serta bersarung tangan telah menyerbu masuk kedai berkenaan.

"Mereka menaiki kereta jenis Proton Waja kelabu dan berhenti di hadapan kedai sebelum meluru masuk dan mengacukan parang ke arah tiga pekerja wanita di dalam premis perniagaan berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang daripada empat lelaki itu turut mengarahkan mereka yang berada di dalam kedai supaya diam dan tidak melawan jika tidak mahu dicederakan.

Tiada ulasan: