Sabtu, 2 Julai 2016

K'jaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai pada penjawat awam

MALAYSIAKINI


Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat awam negeri ini jika hari raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana di Johor Bahru malam tadi.

"Berhubung cuti peristiwa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa.

Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari Jumaat, 8 Julai akan dibawa kepada Ahad, 10 Julai," kata beliau.

Cuti hujung minggu di Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak 2014 dan berikutan itu, cuti pada Jumaat depan (8 Julai) akan dibawa ke Ahad depan (10 Julai).

Kerajaan Persekutuan baru-baru ini bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada penjawat awam jika Aidifitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, bagaimanapun berkata, pelepasan itu tidak terpakai jika Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.- Bernama

Tiada ulasan: