Ahad, 10 Julai 2016

Keputusan muktamad dalam tangan Parlimen, kata Kit Siang

 
Pemimpin DAP itu menyangkal pandangan Salleh Said Keruak bahawa laporan PAC laporan muktamad berkenaan 1MDB


Salleh Said Keruak


PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak diingatkan keputusan muktamad berhubung laporan siasatan keatas 1Malaysia Development Bhd dalam tangan Parlimen.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang menyangkal Salleh yang berkata laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara merupakan laporan muktamad keatas 1MDB.

Kit Siang menjelaskan PAC sekadar jawatankuasa Dewan Rakyat yang diberi tanggungjawab untuk menyiasat hal ehwal 1MDB.

“Keputusan muktamad samada laporan PAC memuaskan dan lengkap perlu melalui resolusi terlebih dahulu selepas ia dibahaskan melalui suatu usul untuk menerima atau menolak laporan tersebut,” katanya.

PAC menjalankan pendengaran keatas kewangan dan pelaburan 1MDB tahun lalu, manakala Jabatan Audit Negara menjalankan siasatan keatas kewangan 1MDB.

Laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat awal tahun ini, tetapi penemuan Ketua Audit Negara dirahsiakan sebagai rahsia rasmi dan tidak dibentangkan bersama laporan itu.

Kit Siang berkat Salleh tersilap kerana menuduh Sarawak Report sebagai portal yang mengelirukan orang awam dengan menyiarkan petikan dokumen yang didakwa laporan Ketua Audit Negara kepada PAC.

Beliau bagaimanapun bersetuju Salleh tidak mencadangkan laporan yang disiarkan itu palsu.

Kit Siang menyifatkan pengelasan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi itu “tidak munasabah dan tidak dapat dipertahankan” dan menuduh kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menyembunyikan banyak perkara.

Pengelasan itu, katanya lagi, “menghalang maklumat diberikan kepada ahli-ahli Parlimen” seraya menghalang mereka daripada menilai laporan PAC sebaik mungkin.

Pemimpin DAP itu turut mempertahankan anggota PAC, Tony Pua, yang mengatakan laporan itu tidak lengkap tanpa laporan penemuan audit



Tiada ulasan: