Jumaat, 8 Julai 2016

Kenpa PERKASA tak lebih awal pertahan Zakir?

MALAYSIAKINI


Mengapa kumpulan pendesak Melayau, PERKASA hanya sekarang mempertahankan kritikan terhadap pendakwah Islam Dr Zakir Naik daripada kumpulan antara agama tempatan yang telah membidasnya sejak 2012.

Ini adalah soalan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Malaysia, RS Mohan Shan.

"Mengapa PERKASA tidak membuka mulut pada tahun 2012 dan (awal tahun ini) apabila kita menyuarakan tentang perkara ini (Zakir) juga?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas komen PERKASA semalam, yang menyelar dirinya kerana mendakwa Zakir menggalakan keganasan ke atas golongan belia dan mempertahankan pendakwah itu sebagai 'sederhana'.
PERKASA juga akan membuat laporan polis lewat hari ini terhadap MCCBCHST.

"Mereka boleh pergi dan membuat laporan polis, saya tidak akan menarik semula kenyataan saya. Apa yang saya katakan bukanlah suatu perkara baru, saya telah kata sejak 2012 (apabila Zakir pertama kali datang ke Malaysia)," kata Mohan.

Ketika tahun 2012, apabila Zakir melawat Malaysia, MCCBCHST telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu kehadiran pendakwah itu di negara ini, katanya.

Tiada ulasan: