shahbudindotcom
Semalam
Salleh Said Keruak meminta pihak polis menyiasat bagaimana Laporan
Audit 1MDB yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA boleh
bocor kepada Sarawak Report.
Hari
ini pula beliau mengatakan Sarawak Report cuba memperdaya orangramai
mengenai 1MDB berikutan tindakannya mendedahkan laporan audit itu.
Ini
kerana katanya, laporan audit hanyalah salah satu komponen yang
digunakan oleh PAC dalam menyiapkan laporannya mengenai 1MDB.
Tegas Salleh lagi, yang muktamad ialah Laporan PAC.
Sebelum
Salleh lupa, bagaimana tentang laporan Bank Negara mengenai 1MDB yang
juga menemui beberapa kepincangan dalam urusan dan perjalanan syarikat
tersebut?
Adakah
beliau tidak ingat lagi tentang surat Bank Negara yang mengesahkan
mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Low yang kemudiannya maklumat
tersebut diubah suai dalam Laporan PAC?
Jika
laporan audit dan dapatan Bank Negara sudah mengesah beberapa
kepincangan dan salah laku, apa lagi yang mahu dipertahankan tentang
1MDB?
Jadi, di mana logiknya laporan Sarawak Report itu memperdaya orangramai?
Satu lagi, kenapa hanya Salleh seorang saja yang masih rajin bercakap membela Najib Razak mengenai 1MDB?
Mana menteri dan pemimpin UMNO yang lain?
Adakah mereka sudah tidak berminat lagi membela Najib sebagaimana dahulu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan