Isnin, 4 Julai 2016

Kebudayaan negara bimbang fesyen pelik 'jubah sado'

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Fesyen “jubah sado” sempena Hari Raya yang baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi boleh mengancam warisan pakaian tradisional Melayu, menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
 
Bagaimanapun, ia mengakui idea seumpama itu kesan daripada kemunculan Internet yang mendedahkan negara kepada pelbagai fesyen luar negara.
 
“Idea-idea baru ini mungkin diceduk dari rekaan luar negara yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat kita, justeru itu wujudlah pelbagai rekaan seperti jubah tanpa lengan, jubah hipster, jubah pahlawan dan sebagainya,” kata Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ezlina Alias.
 
Katanya, fesyen seumpama itu boleh menghakis warisan pakaian baju Melayu.
 
Beberapa bulan lalu, kemunculan fesyen jubah moden atau “Jubah Pahlawan” mengundang kritikan pelbagai pihak.
 
Menjelang Hari Raya minggu ini, jubah moden bukan satu-satunya fesyen yang mendapat perhatian.
 
Baru-baru ini, pelakon Jaafar Onn membidas fesyen kurta yang dipromosikan sempena Hari Raya, kerana baginya fesyen bercirikan budaya India tidak sesuai pada Aidilfitri.
 
“Perayaan tahun ini akan menjadi hancur bila baju kurta budaya India. Diketengahkan seperti menyambut raya India.
 
“Bagi saya mereka yang memakai baju kurta sebab tak mahu pakai songkok dan sampin, jangan hancurkan baju melayu tradisional yang lengkap dgn sampin dan songkok,” katanya dalam kiriman Facebook.
 
Antara ciri “Jubah Pahlawan” ialah lengan pendeknya yang memudahkan mengambil wuduk, serta poket memuatkan telefon bimbit.
 
 

Tiada ulasan: