Rabu, 6 Julai 2016

JAIS sokong pembentangan RUU pinda akta Mahkamah Syariah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggesa seluruh umat Islam di negara ini supaya bersyukur dengan pembentangan Rang Undang-undang PAS meningkatkan kuasa mahkamah Syariah.
 
Menurut laporan Malay Mail Online, Jais dalam khutbah sempena Hari Raya hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada mahkamah sivil ekoran penolakkan permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘sesat dan menyeleweng’.
 
“Kami amat bersyukur atas kemenangan pembentangan usul Enakmen Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen, demi meningkatkan martabat mahkamah Syariah di negara ini.
 
“Kami juga amat berterima kasih dengan keputusan yang dicapai oleh Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas Mahkamah Tinggi menolak permintaan Sisters in Islam dalam mencabar kesepakatan yang dicapai oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor mengenai liberalisme di negeri Selangor …” petik kata khutbah yang dibacakan di masjid-masjid negeri pada hari pertama hari Raya.
 
Jais kemudian menggesa umat Islam untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu menegakkan akidah dan Syariah atau ‘jalan’ Islam.
 
Pada bulan Mei lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat yang juga dilabelkan sebagai RUU hudud.
 
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa kerajaan telah membenarkan Presiden PAS itu membentangkan RUU hudud sebaliknya hanya membentangkan RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bagi meningkatkan hukuman sedia ada.
 
 

Tiada ulasan: