Isnin, 11 Julai 2016

IS keluar majalah bahasa Melayu pertama

MALAYSIAKINI


Berdepan penolakan rakyat Malaysia, kumpulan bersenjata IS terus cuba menyebarkan fahamannya di kalangan rakyat negara ini.

Mereka kini dikatakan bergerak setapak lagi ke depan dengan menerbitkan majalah berbahasa Melayu pertamanya, Al Fatihin.

Menurut Utusan Online, edisi pertama Al Fatihin memuatkan pelbagai propaganda dan berita berkaitan kegiatan militan mereka dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana edaran makalah itu.

Portal itu melaporkan, carian di Internet menunjukkan Al Fatihin (bermaksud 'Penakluk') diterbitkan melalui cetakan digital sahaja.

Ia dikatakan dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan pengenalan “600zaza” pada 20 Jun lalu di laman web Internet Archive.

IS sebelum ini telah menyampaikan propagandanya melalui video bahasa Melayu di Youtube.

Ia antaranya memberi amaran ibu pejabat polis Bukit Aman tidak lagi akan aman dan mereka akan memenggal leher musuh-musuhnya.

Tiada ulasan: