Jumaat, 1 Julai 2016

Dakwaan Rasuah : Guan Eng Berniat Jahat Tuduh PAS Berkomplot Dengan BN – Mohd Amar




LIHAT VIDEO DI SINI


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan dakwaan parti itu berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah tidak berasas dan berniat jahat.

“Tidak sepatutnya dia (Guan Eng) menyalahkan PAS ataupun menyalahkan UMNO, lebih-lebih lagi menuduh PAS yang terlibat sebab kita (PAS) tiada kuasa.

“Bagi saya, kalau betul kenyataan itu datang daripada Lim Guan Eng, dia berniat jahat. Kenyataan dia itu berniat jahat,”katanya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata Guan Eng perlu menjawab di mahkamah untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

“Prinsip undang-undang di negara kita, seseorang individu itu dianggap tidak bersalah kecuali apabila dibuktikan bersalah.

“Buat masa sekarang beliau belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Jadi kita kena bagi ruang kepada proses perundangan ini berjalan.

“Bagi saya, dia tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa. Kalau dia sendiri tidak salah, dia buktikanlah di mahkamah,”katanya lagi.

Tiada ulasan: