Sabtu, 2 Julai 2016

Amanah sokong Muhyiddin jadi ketua pembangkang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
JOHOR BAHRU: Amanah menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru bagi Pakatan Harapan (PH).
 
Ujar Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman, terdapat perbincangan dalam parti yang mencadangkan mengenai pelantikan berkenaan ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
 
"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.
 
"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.
 
"Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri," katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club di sini, semalam. 
 
Dalam pada itu, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata pihak pembangkang harus berkerjasama dengan bekas Timbalan Presiden Umno itu dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN). 
 
Muhyiddin dipecat daripada Umno atas kesalahan disiplin pada 24 Jun lalu ekoran berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti. 
 
Turut dipecat, mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahliannya sehingga jawatankuasa disiplin parti menjelaskan hasil laporan mereka berkaitan pelanggaran disiplin Shafie. 
 
 

Tiada ulasan: