Isnin, 25 Julai 2016

Amanah belum buat keputusan PRN mengejut dicadang Pulau Pinang

BERNAMA
 
 
Mohamad Sabu (kanan) berkata ada banyak agenda dan isu-isu yang perlu dikaji semula oleh parti itu sekiranya PRN mengejut mahu dilakukan di Pulau Pinang. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Mohamad Sabu (kanan) berkata ada banyak agenda dan isu-isu yang perlu dikaji semula oleh parti itu sekiranya PRN mengejut mahu dilakukan di Pulau Pinang. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.


Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat keputusan mengenai pilihan raya mengejut yang dicadangkan di Pulau Pinang kata, Presidennya Mohamad Sabu.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di kalangan para pemimpin parti pagi semalam dan parti itu akan bermesyuarat lagi hari ini di ibu pejabat parti di Selayang untuk membincangkan perkara itu.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak membuat keputusan mengenai perkara itu, beliau berkata, ada banyak agenda dan isu-isu yang perlu dikaji semula.

"Kami terpaksa menangguhkan perbincangan kerana mempunyai banyak perkara untuk dipertimbangkan atau mengambil kira.

"Kami memutuskan untuk melanjutkan mesyuarat dan kami akan memaklumkan apa yang kami persetujui," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Rumah Terbuka Amanah di Sungai Besar, di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang akan memberi masa kepada rakan-rakan DAP dalam Pakatan Harapan untuk berbincang tentang cadangan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata DAP dilihat seperti ketandusan pemimpin apabila seolah-olah mahu mengekalkan Lim sebagai ketua menteri Pulau Pinang menerusi rancangan mereka yang tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Beliau berkata kepimpinan dan anggota DAP yang lain sepatutnya perlu meminta Lim supaya bercuti sehingga kes tersebut selesai, bukannya membuat rancangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor di Kompleks Belia di Seksyen 7 di Sabak Bernam, semalam.

Tiada ulasan: