Rabu, 14 Oktober 2015

Restoran guna penyapu cuci kuali diarah tutup

Restoran cuci kuali guna penyapu viral di Facebook
Sedutan video yang dimuatnaik seorang pelayar laman Facebook
 
 
KUALA LUMPUR - Restoran India Muslim yang pekerjanya dilihat membersihkan kuali menggunakan penyapu diarahkan tutup esok kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang tadi.

Jurucakap jabatan itu yang dipetik Harian Metro berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya.

Menurut laporan itu, pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan orang ramai yang melihat video itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok.

“Kita akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia benar-benar bersih,” katanya.

Video salah seorang pekerja restoran berkenaan yang menggunakan penyapu untuk membersihkan kuali menjadi viral semalam selepas salah seorang pelayar Facebook memuatnaik video itu.

Ia kemudian mendapat perhatian netizen yang mengecam perbuatan itu di samping mempertikaikan tahap kebersihan premis berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Restoran cuci kuali guna penyapu viral di Facebook]

[ARTIKEL BERKAITAN: NGO: Rujuk tuan kedai, bukan muatnaik di Facebook]



Tiada ulasan: