Ahad, 25 Oktober 2015

Jerebu: Kualiti udara bertambah baik, hanya lima kawasan catat IPU tidak sihat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada jam 1 tengah hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding jam 9 pagi tadi.
 
Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya lima kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (125); Shah Alam (116); Banting (110); Pasir Gudang, Johor (108) dan Petaling Jaya (105). 
 
Dua kawasan kekal merekodkan bacaan tahap sihat iaitu ILP Miri (47) dan Limbang (45). Sementara 45 kawasan lain pula mencatatkan IPU sederhana. 
 
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
 
 

Tiada ulasan: