shahbudindotcom
Apakah sebetulnya masalah sebenar dalam negara kita sekarang ini?
Satu-satunya
sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan
Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. Tidak perlu
dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib ssjak dulu hingga kini
kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya.
Masalah
Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan
dalam bentuk rencana video untuk siaran televisyen, tetapi juga sudah
menjadi fokus utama forum di peringkat antarabangsa.
Daripada
UMNO jadi bergolak sekarang dan kemudian muncul pelbagai himpunan untuk
menyatakan sokongan terhadapnya, kini masalah Najib sudah bertukar
menjadi beban kepada negara pula.
Hanya
kerana ingin mempertahankan Najib, hubungan kaum sudah jadi retak dan
tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya kerana perhimpunan baju merah yang
bercorak perkauman dan menghina kaum lain telah dibenarkan berlaku
seolah-olah penolakan terhadap Najib adalah berasaskan kehendak
satu-satu kaum saja.
Hello...sedarlah
bahawa orangramai menolak dan ingin menyingkirkan Najib bukan kerana
bangsa dan keturunannya, tetapi disebabkan perangai dan kepimpinannya
yang tidak boleh diterima lagi.
Daripada
2009 sehinggalah sekarang, melalui satu demi satu masalah yang timbul,
tiada sedikit habuk pun kebencian dan rasa menyampah rakyat terhadap
Najib berpunca daripada kedudukannya sebagai seorang yang berbangsa
Melayu.
Lihatlah kembali satu demi satu masalah yang timbul berkaitan Najib, adakah disebabkan darah Melayunya atau onar kepimpinannya?
Jadi,
apa kena mengena dengan maruah Melayu, Melayu bangkit, melakukan
keganasan dan kemudian ingin hak memiliki tapak berniaga di Jalan
Petaling diselitkan dalam himpunan baju merah yang pada asasnya hanya
untuk mempertahankan Najib?
Kenapa baru sekarang tapak berniaga di Jalan Petaling hendak dihebohkan?
Siapa yang jadi kerajaan dan agensi mana yang mengeluarkan lesen perniagaan di Jalan Petaling itu?
Jangan
lupa juga tanya dengan Najib, sejak menjadi Perdana Menteri, kenapa
Jalan Petaling antara tempat yang paling kerap dilawatinya?
Selain
itu, bukankah kawasan perniagaan Cina itu sudah lama muncul dan ada di
seluruh dunia pun? Kenapa hanya di ketika Najib hampir lemas sekarang
baru tuntutan mahu meniaga di Jalan Petaling ini digegak-gempitakan dan
tidak sejak dulu lagi?
Tetapi
dengan berlakunya himpunan baju merah dan keganasan yang dicetuskan di
Jalan Petaling, keharmonian kaum dalam negara kita boleh dikatakan sudah
hancur dan musnah. Ia menjadi lebih buruk kerana di sebalik semua
kemusnahan itu tersembunyi segala isu berkaitan Najib di dalamnya.
Jika
bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan,
tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan
tiada derma RM2,600 juta yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya,
mungkin semua yang berlaku sekarang tidak terjadi di depan mata kita.
Bersih
4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan
menghadirinya. Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum, tetapi
kenapakah reaksi balasnya melalui himpunan baju merah dialihkan kepada
Melayu bangkit, maruah Melayu, Melayu tercabar dan sebagainya?
Orang
Melayu juga ramai yang mahukan Najib berundur. Orang Cina menolak Najib
kerana mahu menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang lain dan orang
Melayu juga menolak Najib kerana inginkan tokoh Melayu lain
menggantikannya.
Pernahkah kita dengar jika Najib disingkirkan, pemimpin Cina sebagai gantinya?
Maka, di mana rasisnya menolak dan menyingkirkan Najib itu?
Himpunan
baju merah pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat
untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib Razak semata-mata
tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan
harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.
Cubalah
dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas
Padang Merbok tempohari. Semuanya memuji Najib dan mempertahankan
seolah-olah beliau masih kuat sokongannya sehingga sesiapa yang memakai
pakaian merah pada hari tersebut juga diangggap menyokong Perdana
Menteri.
Melayu
sebenarnya tiada masalah dengan orang Cina dan begitulah juga
sebaliknya. Semua kita saling memerlukan antara satu sama lain sejak
dulu lagi. Kita tidak boleh hidup sendirian dan kemajuan seperti
sekarang juga tidak mungkin dapat dicapai melalui usaha satu-satu kaum
saja.
Peserta
himpunan baju merah sendiri bukan saja memerlukan kaum Cina sebagai
rakan kongsi, malah menempah baju T, membeli garam, kicap, pisau cukup
untuk kegunaan seharian juga mungkin di kedai orang Cina.
Masalah
kita dan punca segala masalah kita sebenarnya ialah Najib. Masalah kita
tidak sesekali orang Cina dan bukan juga ada kena mengena dengan maruah
bangsa kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan