Ahad, 13 September 2015

Video Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Malaysia. Eksklusif dari Al Jazeera.



Inilah satu-satu kes pembunuhan yang paling berprofil tinggi yang menjadi perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi wartawan di seluruh dunia. 

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini cukup terkenal kerana sarat dengan drama yang terdapatnya elemen seks, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan juga pembunuhan yang cukup-cukup kejam dalam kes bunuh ini. Sama sekali tidak terjangkau dek akal, begini sekali tahapnya cara pembunuhan di Malaysia.

Dan hanya manusia yang bertopengkan syaitan sahaja mampu memberikan arahan dan melunaskan arahan yang diterimanya.

pembunuhan altantuya

Nah….yang bertambah menarik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini apabila ia meninggalkan rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia apatah lagi bapanya Altantuya sendiri terkontang-kanting mencari jawapan dan persoalan yang masih lagi tergantung, termasuklah :

 

Isu dan Persoalan Serta Misteri Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?

  • Mengapa Altantuya kena bunuh sebegitu rupa? Motif?
  • Siapa pula yang arah Sirul dan Azilah untuk bunuh wanita Mongolia ini?
  • Bagaimana bom C4 boleh digunakan sewenang-wenangnya?
  • Ada yang anda mahu tambah?
Inilah antara persoalan yang masih lagi berlegar dan menari-nari dalam kotak fikiran rakyat Malaysia. Persoalannya sampai bila?

P/S : Pertama kali Berita Semasa dapat melihat wajah Altantuya Shaariibuu tanpa mekap dengan paparan yang lebih jelas melalui Video Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Malaysia dari Al Jazeera ini.

PP/S : Mengejutkan apabila Sirul meminta RM2 juta untuk “si dia” berjumpa di Australia demi survival anak-anaknya, dan RM15 juta lagi jikalau tidak mahu………………….Anda boleh sambung tonton video di bawah.


 

Tiada ulasan: