Sabtu, 5 September 2015

Tuhan ada, jangan bimbang, kata menteri pada IACC

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Datuk Seri Wahid Omar memberitahu peserta Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke (IACC) ke-16 hari ini bahawa pesalah akan tetap dihukum.

Mengakui Malaysia berdepan beberapa isu sukar, beliau berkata kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

“Jika semua kita memainkan peranan masing-masing, jangan bimbang. Jika jenayah dilakukan, ia akan diketahui,” katanya.

Bercakap dalam acara itu di Putrajaya, beliau juga menegaskan bahawa “tuhan ada dalam dunia ini dan kebenaran akan terungkap” juga akhirnya.

Abdul Wahid berkata demikian selepas Naib Presiden badan antirasuah global Transparency International Elena Panfilova (gambar) berucap menyebut perdana menteri mesti berterus terang berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaunnya.

Sepanjang tiga hari persidangan itu, pelbagai pihak tampil bersuara lantang terhadap kerajaan dan perdana menteri dalam isu-isu berkaitan rasuah.

Tiada ulasan: