Ahad, 20 September 2015

TH teruskan pencarian jemaah hilang

SINAR HARIAN



kren runtuh


MAKKAH - Tabung Haji (TH) tidak melaksanakan badal haji  untuk dua jemaah Malaysia yang hilang dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lepas kerana proses mencari mereka masih dijalankan.
   
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha mencari dua jemaah lelaki itu dilakukan meliputi pelbagai sudut termasuk mencari mereka di sekitar Makkah selain memadankan sampel deoxyribonucleic acid (DNA) waris masing-masing dengan mayat-mayat yang ditempatkan di rumah mayat Muaissem di Mina.
  
"Status mereka belum disahkan. Apa pun kita mengharapkan yang terbaik... segala kemungkinan boleh berlaku," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama jemaah Malaysia di bangunan penginapan Land Premium di sini, Ahad.
  
Jemaah yang hilang ialah Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan  Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah.  
  
Waris Shahidan iaitu abangnya Sobri dan adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di sini pada Jumaat untuk melakukan ujian DNA itu dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi. 

[ARTIKEL BERKAITAN: Lima jenazah jemaah Malaysia selamat dikebumikan]
  
Pengarah Operasi (Bimbingan) Tabung Haji Tengku Abdul Aziz Raja Abdullah pula berkata badal haji yang dilaksanakan TH adalah mengikut syarat-syarat tertentu.
  
"Untuk musim haji 1436H ini, TH akan melaksanakan lapan badal haji untuk jemaah Malaysia yang meninggal dunia termasuk lima yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang itu.
  
"Setakat ini, sembilan jemaah telah meninggal dunia di sini tetapi TH hanya  lakukan lapan badal haji kerana seorang daripada mereka telah pun menunaikan ibadat haji sebelum ini," jelasnya.
  
Beliau berkata badal haji itu dilakukan untuk jemaah yang meninggal dunia sebelum 12 malam pada 6 Zulhijjah (20 Sept) dan ia adalah untuk jemaah yang belum mengerjakan haji sebelum ini selain perlu mendapat persetujuan waris  atau ahli keluarganya sebelum melaksanakannya.
  
Perkhidmatan badal haji TH adalah untuk pihak mereka yang sakit berpanjangan tanpa peluang sembuh atau telah meninggal dunia sebelum menunaikan haji.- Bernama


1 ulasan:

PAK JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB