"TADI pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar
dekat cawangan sini," demikian luahan seorang pelajar Doktor Falsafah
sebuah universiti di United Kingdom ketika menukar wang di sebuah bank
di Johor.
Nurayuni Daud, 28, (bukan nama sebenar), kejadian berlaku ketika dia
hendak menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling di sebuah
bank pagi semalam.
Ujarnya, dia sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana selama
ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit
Malaysia ke Pound Sterling.
"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya
hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini," katanya kepada Sinar
Online.
Bercerita lanjut, Nurayuni berkata, duit yang hendak ditukarnya tidaklah sebesar mana hanya RM1,500.
"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.
Dalam pada itu, Nurayuni berkata, dek kerana pertukaran wangnya tidak
diterima di bank tersebut, dia lantas ke tempat pusat pertukaran wang
yang lain.
"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani ambil....hari ini
(semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling bersamaan
RM6.54," keluhnya.
Ketika ditanya bagaimana dia kehidupannya di United Kingdom nanti
dengan keadaan sekarang, Nurayuni berkata Insya-ALLAH semuanya akan
'baik-baik sahaja'.
"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak
kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah.
Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu
sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan