Rabu, 23 September 2015

‘Seolah-olah kuasa boleh diancam dengan belon’ – Bilqis Hijjas

 
Bilqis menjadi orang pertama di negara ini yang akan dikenakan tindakan atas kesalahan jenayah yang dikaitkan dengan belon.


Bilqis-Hijjaz


KUALA LUMPUR: Bilqis Hijjas yang didakwa menjatuhkan belon berwarna kuning pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pusat beli belah di ibu negara pada bulan lalu menganggap tuduhan terhadapnya ‘tidak masuk akal’.

“Perkataan yang ditulis (atas belon) seperti demokrasi, bebas media dan keadilan tidak bersifat menghina,” katanya kepada pemberita selepas membayar wang jaminan RM500 di Mahkamah Kuala Lumpur.

Dia berkata, belon juga bukan senjata berbahaya.

“Ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah kuasa boleh diancam oleh belon,” katanya.

Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mencetuskan tingkah laku yang menghina dan mengganggu keamanan.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan berjanji akan berjuang’ sehingga akhir.

Peguamnya, Michelle Yesudas memberitahu, Bilqis adalah orang pertama di negara ini yang akan dikenakan tindakan atas kesalahan jenayah yang dikaitkan dengan belon.

Tiada ulasan: