Jumaat, 25 September 2015

Protes baju merah dibatalkan esok, kata Ali Tinju



Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut  diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015. 
Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mengakui menjadi penganjur perhimpunan baju merah esok di Jalan Petaling di Kuala Lumpur mengumumkan pembatalan protes tersebut.

Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut  diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan membatalkan hanya bersifat sementara untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu tuntutan hak peniaga Bumiputra di Jalan Petaling.

"Setelah dinasihatkan oleh polis, jadi kita membatalkan saja dan ini bertujuan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu di Jalan Petaling. "Tapi kita tidak jamin sekiranya masih ada protes esok cuma ianya bukan daripada pihak kita," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun beliau memberi amaran sekiranya pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan isu tersebut maka, gerakan baju merah tidak akan teragak - agak untuk menganjurkan protes semula.

Beliau juga tidak menolak akan berlaku  kekerasan dalam protes yang akan dianjurkan kelak.

"Kita tidak akan berdiam diri? kalau masih gagal selesaikan masalah kita tidak akan dengar pihak berkuasa lagi, kita akan tetap adakan protes biarpun sekiranya dalam bentuk kekerasan," katanya kepada


1 ulasan: