Rabu, 9 September 2015

Pertandingan fotografi Bersih 4 dapat sambutan luar biasa

Oleh Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA: Pertandingan fotografi anjuran KEADILAN sempena himpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu mendapat sambutan cukup hebat.

Pengarah Strategi, Sim Tze Tzin berkata, sebanyak 300 foto diterima pihaknya dalam tempoh tiga hari selepas pertandingan tersebut dilancarkan.

Sebahagian foto yang terpilih
Sebahagian foto yang terpilih

“Panel juri telah memilih 20 karya terbaik untuk diundi oleh orang ramai melalui laman sosial facebook Demi Rakyat bermula hari ini sehingga 30 September.

“Karya yang meraih ‘like’ terbanyak bakal memenangi wang tunai RM1,000,” jelas Ahli Parlimen Bayan
Baru itu pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Karya kedua dan ketiga mendapat undian tertinggi juga bakal menerima hadian wang tunai sebanyak RM300 dan RM200.

Pertandingan ini bertujuan memberi gambaran sebenar suasana dalam perhimpunan 34 jam itu yang dibanjiri 500,000 rakyat.

Orang ramai boleh mengundi foto tersebut melalui www.facebook.com/demirakyat13.

“Melalui pertandingan ini, peserta memaparkan keamanan dan kematangan orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4. Ia bertentangan dengan apa yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak.

“Kita dapat lihat semangat cinta negara dan pergaulan mesra antara kaum yang ditunjukkan peserta Bersih melalui gambar-gambar tersebut,” ujar Sim.

Tiada ulasan: