Rabu, 2 September 2015

Pergerakan Pemuda UMNO dakwa Bersih cetus ketegangan kaum

 
Laporan yang sama turut dibuat terhadap Alvin Tan kerana mengugut untuk merogol anak Zahid Hamidi


pemuda-umno


PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMMO membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penganjur perhimpunan Bersih 4.0 kerana didakwa menganggu ketenteraman awam.

EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan peserta perhimpunan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh mendatangkan kemarahan rakyat.

Selain itu, tindak tanduk berkenaan juga dilihat boleh menyebabkan ketegangan kaum.

“Pemuda mahu tindakan tegas kerana mereka ini sudah menanamkan politik kebencian kepada rakyat.
“Mereka pijak gambar Perdana Menteri dan Datuk Seri Abdul Hadi, selepas ini mungkin gambar pemimpin lain yang perjuangkan agama bangsa dan tanah air yang mereka pijak,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dia yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO turut membuat satu lagi laporan ke atas Alvin Tan kerana memuat naik status mahu merogol anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam status Facebooknya Selasa lalu, Alvin memuat naik ugutan terhadap Nurulhidayah Zahid dengan kata-kata kesat.

“Holy mother-f****** s***… My next goal in life is to f*** Zahid Hamidi’s daughter, Nurulhidayah Ahmad Zahid. She’s so f****** hot. Who gives a shit what she said about ‪#‎Bersih4? She’s probably right anyway. Anyone wants to join me for a double-********** of this s***? (I’ll take the **** okay, don’t fight with me),” tulisnya

Tiada ulasan: