Penyokong Umno ‘boo’ Ahmad Maslan kerana kecewa
Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di'boo' ketika keluar daripada
bangunan Umno, petang tadi dipercayai oleh kumpulan penyokong Tan Sri
Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider,.
Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di’boo’ penyokong Tan Sri Muhyiddin
Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang tadi, selepas selesai menghadiri
mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti. Lima minit sebelum itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden parti
dilihat keluar dari pintu yang sama dan meninggalkan perkarangan
bangunan itu dengan sorakan sokongan dan kata-kata semangat
penyokongnya.
Salah seorang penyokong Muhyiddin yang enggan namanya disiarkan berkata, sorakan ‘boo’ itu kerana mereka kecewa dengan Ahmad.
"Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir.
“Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka
terimalah," kata ahli Umno Johor itu kepada The Malaysian Insider.
Seorang ahli veteran Umno Kedah yang ditemui berkata sorakan kecewa itu memalukan.
"Kejadian yang memalukan, Ahmad Maslan di’boo’ dan ada yang jerit ‘menteri GST’," katanya.
Ini bukan kali pertama Ahmad menerima sorakan sebegitu kerana Ogos
lalu, beliau yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi pernah
di’boo’ perwakilan kawasannya sendiri pada mesyuarat perwakilan Bahagian
Pontian.
Ahmad yang juga timbalan ketua bahagian Pontian di’boo’ hampir 3 kali
setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan
Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya
tidak menghina wakil rakyat mereka, sebaliknya menegur secara baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan