Rabu, 9 September 2015

Penstrukturan air Selangor akhirnya berjaya dimuktamad

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan berjaya memuktamadkan penstrukturan semula industri air Selangor melalui perjanjian yang dipersetujui hari ini menerusi Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, kerajaan negeri mengharapkan kerjasama baik itu dapat diteruskan tanpa sebarang masalah di masa akan datang.

Grafik-Air-Selangor“PAAB juga berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas kerjasama dan kelancaran untuk menyelesaikan perjanjian yang diutarakan sebelum ini.

“Antara perjanjian sebelum ini kadar pajakan selama 45 tahun telah dipersetujui dan kini perlaksanan, penggunaan dan proses yang tepat bakal dimuktamadkan,” kata Zaidy, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian mengulas isu urusan perpindahan aset air Selangor di antara PAAB dan Air Selangor yang bakal diadakan di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, 5 petang ini.

Tiada ulasan: